MUIS Rekod Pungutan Zakat Sebanyak RM133 Juta Tahun Lepas

Datuk-Yahya-Husin.jpg

DSP Yahya Hussin

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) merekodkan pungutan zakat sebanyak RM133.4 juta dan agihan berjumlah RM122 juta pada tahun lepas.

Yang Dipertua MUIS Datuk Seri Panglima Yahya Husin berkata pungutan zakat itu merupakan rekod baharu pencapaian pengurusan pungutan dan agihan zakat Sabah kerana telah melebihi unjuran yang dijangkakan iaitu sebanyak RM126 juta.

“Sepanjang 2022, MUIS menerusi bahagian-bahagian di bawahnya giat menggandakan aktiviti ke arah memartabatkan syiar Islam, memperkasa ekonomi serta sistem penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat Islam khususnya di Sabah dan Malaysia amnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis iftar, penyampaian bantuan kepada fakir miskin dan mualaf serta bakul makanan kepada asnaf daerah Putatan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Kota Kinabalu di sini semalam.

Selain itu, Yahya berkata pada tahun lepas juga MUIS berjaya mengekalkan pensijilan ISO 9001:2015 yang diberikan oleh Juruaudit Bertauliah Antarabangsa SGS (Malaysia) Sdn. Bhd.

Katanya, MUIS juga memperoleh sijil bersih daripada Jabatan Audit Negara (JAN) untuk tiga tahun berturut-turut bagi prestasi penyata kewangan 2021, 2020 dan 2019.

“MUIS melalui hab halal juga sedang dalam usaha membangunkan makmal halal dan ekosistem halal maritim di negeri Sabah,” katanya.- BERNAMA

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top