MUIS nafi salah guna kuasa

Datuk-Yahya-Husin.jpg

DSP Yahya Hussin

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) menafikan tuduhan bahawa terdapat salah guna kuasa dalam pentadbirannya.

Penafian itu merupakan susulan kepada tuduhan yang tular di laman sesawang dan media sosial yang mendakwa Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MUIS telah membuat beberapa arahan pembayaran bonus kepada kakitangan MUIS dengan menggunakan sumber Tabung Zakat tanpa proses kelulusan.

Tuduhan tersebut juga turut mendakwa kononnya CEO MUIS telah mengarahkan pemindahan wang Tabung Zakat ke Tabung Am (Pengurusan) berjumlah RM14 juta tanpa proses kelulusan.

Yang Dipertua MUIS, Datuk Seri Yahya Hussin dalam satu kenyataan semalam berkata, pihak MUIS menegaskan bahawa tuduhan tersebut adalah tidak berasas dan merupakan suatu fitnah yang dibuat dengan niat jahat untuk menjatuhkan reputasi MUIS dan juga pentadbirannya.

“Pihak MUIS akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak-pihak yang telah membuat dan menyebarkan tuduhan-tuduhan tersebut,” katanya dalam kenyataan itu.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top