MUIS Lancar Pejabat Hab Halal

arifin-hub-halal.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Majlis Agama Islam Sabah (MUIS) melancarkan pejabat Hab Halalnya di Wisma Muis, di sini, pada Selasa.

Menteri Tugas-tugas Khas, Datuk Mohd. Arifin Mohd. Arif berkata pelancaran itu adalah bukti MUIS terus komited dan fokus untuk terus memperkasakan isu berkaitan halal.

MUIS juga adalah antara ‘Majlis’ pertama yang menjadikan Hab Halal sebagai perniagaan teras atau ‘core business’. Sebelum ini, isu halal diselaraskan dibawah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS).

“Pelancaran Pejabat Hab Halal MUIS ini adalah selaras dengan halatuju hal ehwal Islam Sabah dalam usaha memperkasakan isu halal di negeri ini.

“Segala urusan berhubung dengan halal dan penyelarasan berhubung dengan permohonan halal, pemeriksaan halal akan dilaksanakan oleh MUIS dengan bantuan kerjasama dari agensi lain,”jelasnya pada sidang media bersempena pelancran itu.

Tambahnya, aktiviti penguatkuasaan dan pemeriksaan terhadap permohonan sijil halal baharu mahupun sedia ada akan mendapat kerjasama daripada jabatan dan agensi serta pihak berkaitan yang mempunyai kepakaran dan kemahiran.

Dalam pada itu, antara visi dan misi hab halal ini juga adalah bagi membantu usahawan khususnya dalam bidang Industri Kecil dan Sederhana (IKS) melalui pelbagai program yang akan dilaksanakan.

Mohd. Arifin berkata, pemain IKS akan dibantu dan dibimbing berkenaan memohon sijil halal.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top