Muhyiddin Rekod Pendapatan Tertinggi

muhyiddin_marudu_1809.jpg

KOTA MARUDU, 18 Sept -- Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyampaikan ucapan pada majlis ramah mesra di Padang Pekan Kota Marudu hari ini. --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA KOTA MARUDU, Sept 18 -- Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin delivering a speech during a meet-and-greet session at Padang Pekan Kota Marudu today. --fotoBERNAMA (2020) COPYRIGHT RESERVED

Kongsi Bersama

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin merekodkan pendapatan bulanan tertinggi dalam kalangan anggota pentadbiran kerajaan dengan pendapatan bulanan sebanyak RM104,841.65.

Menurut Portal Perisytiharan Harta oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Ahli Parlimen Pagoh itu mempunyai aset antara RM10 juta hingga RM15 juta.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof berada pada kedudukan kedua dalam senarai Perisytiharan Harta dengan pendapatan bulanan sebanyak RM65,407.20 dengan aset berjumlah antara RM10 juta hingga RM15 juta diikuti Datuk Seri Mustapa Mohamad yang memegang jawatan yang sama dengan pendapatan bulanan sebanyak RM69,427.20 dan aset bernilai antara RM5 juta hingga RM8.5 juta.

Tiga lagi Menteri di Jabatan Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili, Datuk Takiyuddin Hassan dan Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri masing-masing berada di kedudukan keempat hingga ketujuh dalam senarai itu.

Maximus merekodkan pendapatan bulanan sebanyak RM56,221.13 dengan aset berjumlah antara RM1 juta hingga RM2.5 juta diikuti Takiyuddin dengan pendapatan bulanan sebanyak RM62,077.20 dengan nilai aset melebihi RM20 juta manakala Zulkifli mencatatkan pendapatan sebanyak RM56,221.13 sebulan dengan aset berjumlah antara RM1 juta hingga RM2.5 juta.

Menteri Kewangan, Senator Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berada pada kedudukan ketujuh dalam senarai tersebut dengan pendapatan bulanan sebanyak RM62,077.20 dan nilai aset melebihi RM20 juta diikuti Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin yang merekodkan pendapatan bulanan sebanyak RM55,227.20 dan aset berjumlah antara RM5 juga hingga RM8.5 juta.

Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba masing-masing berada pada kedudukan kesembilan dan kesepuluh dengan pendapatan bulanan sebanyak RM51,113.00 dan RM57,845.63.

Hishamuddin memiliki aset bernilai RM1 juta hingga RM2.5 juta manakala Adham pula mempunyai aset berjumlah antara RM2.5 juta hingga RM5 juta. – MG

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top