Muhyiddin Patut Letak Jawatan Bukan Isytihar Darurat – Anwar

dsai-1.jpg
Kongsi Bersama

PETALING JAYA:  Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sebagai perdana menteri yang waras dan bertanggungjawab, Tan Sri Muhyiddin Yassin sepatutnya meletak jawatan, bukannya mengusulkan pelaksanaan darurat.

Katanya, letak jawatan ialah langkah paling tepat yang perlu dilakukan Muhyididn selepas menyedari sokongan untuk beliau di Dewan Rakyat semaking rapuh.

Presiden PKR itu berkata, ia akan membolehkan Yang di-Pertuan Agong memilih Ahli Parlimen yang mempunyai sokongan majoriti untuk dilantik sebagai perdana menteri baharu.

Anwar menyelar Muhyiddin kerana menggunakan wabak Covid-19 sebagai helah untuk mengusulkan perisytiharan darurat bagi mengekalkan kuasa.

“Bila Muhyiddin memilih untuk mempertahankan kuasa setelah mengetahui ia terhakis dengan kehilangan dukungan Ahli Parlimen, maka dia memilih untuk mengemukakan usul darurat, padahal pengendalian Covid-19 mampu dilakukan oleh perintah kawalan pergerakan, PKP bersyarat melalui langkah tambahan dan mengambil kira pandangan pakar perubatan serta keselamatan.

“Tetapi, Muhyiddin memilih jalan pendek, terdesak dan tidak bertanggungjawab untuk mengusulkan pengisytiharan darurat,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden PH pada Selasa.

Ditanya sama ada pengisytiharan darurat menyebabkan hasrat pembangkang membentuk kerajaan baru tertutup, Anwar berkata, ia adalah tafsiran salah.

“Yang tidak ada itu jalur Parlimen. Itu memang tersangkut kerana Muhyiddin takut berdepan kenyataan hilang kuasa dukungan di kalangan Ahli Parlimen, maka (kerajaan) jatuh.

“Jadi, tidak ada peruntukan yang menghalang kita mendapat dukungan dan mempersembahkan kepada Agong.”

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong memberi perkenan untuk darurat dilaksanakan sehingga 1 Ogos ini atau tarikh lebih awal, jika jumlah kes harian Covid-19 dapat dikawal dan diturunkan dengan berkesan. – FMT

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top