Muhyiddin Kekal PM, Akan Bawa Usul Percaya di Parlimen

IMG_20210804_125937.png
Kongsi Bersama

Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan kedudukan beliau sebagai perdana menteri akan ditentukan oleh undi kepercayaan dalam sidang Dewan Rakyat pada September, sehari selepas beberapa ahli Parlimen Umno menarik sokongan terhadap kerajaan.

Muhyiddin berkata cadangan beliau juga sudah diterima oleh Yang di-Pertuan Agong sewaktu menghadap pagi tadi.

“Suatu usul undi percaya kepada saya akan dibentangkan ketika Dewan Rakyat bersidang pada bulan September. Melalui cara ini kedudukan saya sebagai perdana menteri dan Perikatan Nasional sebagai kerajaan yang memerintah akan dapat ditentukan mengikut lunas undang-undang dan perlembagaan.

“Alhamdulillah, ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong telah memperkenankan cadangan saya ini,” katanya dalam sidang media yang turut dihadiri ahli-ahli Kabinet kerajaan Perikatan Nasional.

 


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top