Muhyiddin Ditahan Jam 1 Tengah Hari Tadi, Didakwa Di Mahkamah Esok

sprm.jpg

KUALA LUMPUR: Pengerusi Perikatan Nasional (PN),Tan Sri Muhyiddin Yassin ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan penyelewengan dana awam Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa).

SPRM menerusi satu kenyataan memberitahu, bekas Perdana Menteri itu ditahan di ibu pejabat SPRM, Putrajaya, kira-kira pukul 1 petang selepas hadir memberi keterangan.

“Beliau ditahan selepas percakapan bagi melengkapkan proses siasatan akhir berhubung projek Jana Wibawa dan isu berkaitan direkodkan,” katanya dalam kenyataan di sini, pada Khamis.

SPRM dalam kenyataan itu juga berkata, pihaknya juga mendapat izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara untuk mendakwa Ahli Parlimen Pagoh itu di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur

“Beliau bakal berdepan beberapa pertuduhan mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009 dan Seksyen 4(1)b Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top