Muhyiddin Beri Sokongan Penuh Kepada Ismail Sabri

mail-sabri-tsmy.jpg
Kongsi Bersama

KUALA LUMPUR: Bekas perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengucapkan tahniah kepada penggantinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri kesembilan semalam.

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu berkata beliau memberi sokongan penuh kepada Ismail Sabri dalam mengemudi negara.

“Saya memberi sokongan penuh kepada beliau dan InshaAllah akan terus membantu kerajaan Perikatan Nasional menyampaikan khidmat yang terbaik kepada rakyat khususnya dalam tempoh pemulihan negara.

“Saya mendoakan semoga Datuk Seri Ismail Sabri akan dapat menggalas amanah kepimpinan dengan sebaik mungkin dan mengemudi negara ke mercu kejayaan,” katanya dalam catatan di laman Facebook pada Sabtu.

Muhyiddin berkata beliau menerima kunjungan Ismail Sabri di kediamannya serta memuat naik beberapa keping gambar pertemuan itu.

Ismail Sabri menggantikan Muhyiddin yang meletakkan jawatan perdana menteri pada 16 Ogos lalu selepas hilang sokongan majoriti Ahli Parlimen. – Bernama


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top