Muhyiddin Berani Kerana Sedia Terima Hakikat – Abang Johari

abang-johari.jpg
Kongsi Bersama

KUCHING: Tindakan Tan Sri Muhyiddin Yassin membawa usul keabsahan sebagai Perdana Menteri disifatkan berani susulan kesediaannya menerima akibat jika gagal mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen, kata Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Katanya, kerajaan Sarawak menghormati pendirian Muhyiddin itu yang disifatkannya sebagai bijak bagi meredakan ketegangan politik ketika negara sedang bergelut dengan pandemik Covid-19.

“Dalam hal ini, kami (kerajaan Sarawak) menyokong penuh pendirian Perdana Menteri untuk membawa usul ke Dewan Rakyat dan yakin beliau mempunyai sokongan majoriti.

“Ini adalah keputusan yang baik untuk menyelesaikan kemelut politik negara yang tidak menentu sekarang,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Abang Johari berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Bantuan Khas Sarawakku Sayang 7.0 (BKSS 7.0) dan Simbolik Penyerahan BKSS 6.0 semalam.

Beliau yang juga Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) berkata, keputusan Muhyiddin itu tepat kerana kepentingan rakyat harus menjadi keutamaan.

“Keduanya, penggal Dewan Rakyat kini kurang dari dua tahun, jadi kenapa pihak yang mendesak itu tidak mahu menunggu sehingga pilihan raya umum (PRU) akan datang.

“Kita tidak mahukan kerajaan yang terumbang-ambing (dalam menangani pandemik),” katanya.

 

S


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top