Muhyiddin Akan Faham Keputusan GRS, Kata Hajiji

hajiji-1.jpg

(Gambar fail)

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor yakin Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin memahami keputusan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menyertai kerajaan perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim, lapor FMT.

Menurut laporan itu Hajiji berkata, keputusan itu dibuat dengan mengambil kira keutamaan dan manfaatnya untuk Sabah.

“Kita memikirkan kepentingan Sabah di bawah GRS, di mana kita memberi keutamaan kepada negeri ini, saya ingat Tan Sri (Muhyiddin) tahu akan hal ini dan dia lebih bijak.

“Saya ingat tiada masalah kerana ini keputusan kita dalam GRS,” kata Hajiji yang juga Pengerusi GRS selepas pembentangan Bajet 2023 Sabah di Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini.

Terdahulu, Anwar hari ini mengesahkan GRS menyertai kerajaan perpaduan pimpinannya.

GRS merupakan gabungan lima parti – Bersatu, STAR, Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Progresif Sabah (SAPP) dan Usno. Tetapi, Bersatu bersama SAPP dan STAR sebahagian daripada PN yang diterajui Muhyiddin.

Sebelum ini, GRS bersama Gabungan Parti Sabah (GPS) menyokong PN dan Muhyiddin membentuk kerajaan baharu selepas pilihan raya umum ke-15.

Tetapi, dua gabungan itu kemudiannya akur dengan sebarang keputusan Yang di-Pertuan Agong berhubung pembentukan kerajaan perpaduan.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top