Muguntan Kekal Terajui SJA

SJA.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Presiden Persatuan Wartawan Sabah (SJA) Datuk Muguntan Vanar mengekalkan jawatannya untuk tiga penggal berturut-turut sejak 2017.

Ketua Biro yang juga wartawan The Star Sabah itu menang tanpa bertanding dalam pemilihan Ahli Jawatankuasa (AJK) baharu sempena Mesyuarat Agung Dwi Tahunan (BGM) SJA Sesi 2021-2022 di sini kelmarin.

Tiga lagi calon yang turut menang tanpa bertanding sempena pemilihan AJK baharu itu termasuk wartawan Utusan Borneo Siti Aisyah Narudin yang mengekalkan jawatan setiausaha, wartawan Daily Express Ricardo Unto sebagai penolong setiausaha dan wartawan Utusan Malaysia Suraidah Roslan bagi jawatan penolong bendahari.

Wartawan Free Malaysia Today (FMT) Durie Rainer Fong dipilih sebagai naib presiden baharu selepas meraih kemenangan dengan 24 undi mengalahkan Ketua Penyunting Berita RTM Sabah Razali Baba yang mendapat tujuh undian.

Bagi jawatan bendahari, wartawan The Borneo Post Mariah Doksil mendapat 24 undian mengalahkan wartawan RTM Farah Lee Asman yang mendapat tujuh undian.

Mesyuarat berkenaan turut memilih seramai lima AJK yang mendapat jumlah undi tertinggi daripada 10 yang dicalonkan.

Kesemua AJK berkenaan termasuklah wartawan RTM Salleh Jikri dan Sharon Raymond Kisil; wartawan Sin Chew Daily Angela Tan; wartawan Kosmo Mohd Nazlie Zainul; dan wartawan Malay Mail Julia Chan.

Terdahulu Muguntan dalam ucapannya berkata, BGM SJA kali ini sepatutnya diadakan tahun lepas dan terpaksa ditangguhkan berikutan kekangan pandemik COVID-19.

“Pendaftar Pertubuhan (RoS) memberi tempoh sehingga Jun tahun ini untuk SJA melaksanakan BGM dan membuat pemilihan AJK baharu.

“Menerusi barisan AJK yang baharu ini diharap SJA dapat memberi fokus kepada beberapa perancangan persatuan termasuk usaha meneruskan membina bangunan di kawasan tanah milik SJA.

“Selain itu, fokus turut diutamakan untuk mengumpul dana bagi penganjuran majlis Kinabalu Press Awards (KPA) tahun ini,” katanya.

Beliau berkata, hasil pertemuan dengan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor, kerajaan negeri bersetuju memberi dana berjumlah RM100,000 untuk penganjuran KPA tahun lepas.

Menurutnya, sumbangan berkenaan juga menunjukkan sokongan kuat kerajaan negeri kepada SJA dan penganjuran KPA. – Utusan Borneo

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top