Mufti Sabah sokong hukuman sebat bagi pesalah syariah

mufti-sabah.jpg

Mufti Sabah, Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar (gambar fail)

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Sabah telah lama mengamalkan hukuman sebat terhadap pesalah jenayah syariah telah lama diamalkan di Sabah, kata Mufti Sabah, Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar.

Menurut beliau hukuman initermasuk dalam kategori takzir, iaitu hukuman yang bentuk dan kadarnya tidak ditetapkan secara khusus dalam al-Quran atau hadis.

“Kami menyokong pelaksanaan hukuman ini, tetapi keputusan untuk melaksanakannya bergantung kepada pemerintah negeri atau pihak berkuasa agama masing-masing.

“Di Sabah, saya dimaklumkan oleh Ketua Hakim Syariah Negeri bahawa hukuman ini pernah dilaksanakan di Tawau,” katanya sebagaimana dilaporkan HMetro.

Mengenai pelaksanaan hukuman sebat secara terbuka seperti yang dilakukan di Terengganu beliau berkata, pendekatan itu sejajar dengan falsafah syariah yang bertujuan memberi pengajaran kepada masyarakat.

“Jika hukuman dilakukan secara tertutup, orang awam tidak dapat mengambil iktibar daripadanya. Oleh itu, hukuman seperti ini lebih baik dilaksanakan di hadapan khalayak ramai.

“Namun, pelaksanaan hukuman ini harus mematuhi syarat-syarat ketat, termasuk larangan merakam video,” katanya.

Beliau dilaporkan berkata demikian semasa ditemui di majlis Haul Ke-30 Allahyarham Tun Datu Mustapha Datu Harun di Taman Peringatan Tun Datu Mustapha, di sini, hari ini.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Shahelmey Yahya, serta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah merangkap Exco Agama dan Exco Pendidikan Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif.

Dalam pada itu, Bungsu @ Aziz menyeru agar pelaksanaan hukuman sebat tidak dipolitikkan atau dijadikan isu keagamaan.

Terdahulu, Terengganu melaksanakan hukuman sebat secara terbuka terhadap pesalah khalwat berulang di Kuala Terengganu.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top