Muda Sabah Lancar Kempen Malaysia Maju

muda-sabah.jpg

Faezrah berucap pada majlis Makan Malam Muda Sabah dan pelancaran program Malaysia Maju.

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Dalam semangat politik berjiwa rakyat, Muda Sabah melancarkan kempen Malaysia Maju peringkat negeri Sabah, bertujuan mengumpul aspirasi #3UntukMalaysia di kalangan rakyat negeri ini.

Pada masa sikap tidak peduli politik melanda rakyat Sabah dan rakyat Malaysia secara amnya, rakyat memerlukan sesuatu untuk memulihkan kepercayaan mereka terhadap demokrasi, kata penyelaras Malaysia Maju Sabah Faezrah Rizalman.

Dalam tempoh 60 hari akan datang, 80,000 anggota Muda di seluruh Malaysia akan menggembleng tenaga untuk bertemu sekurang-kurangnya 50,000 rakyat Malaysia daripada semua lapisan masyarakat.

Tujuan “lawatan mendengar” ini adalah untuk mengembalikan politik kepada rakyat, jelas Faezrah, dan mengingatkan pemimpin Muda dan bakal wakil rakyat bahawa kepentingan rakyat mesti berada di hadapan dan asas penggubalan dasar.

“Tujuan kempen ini adalah untuk menekankan politik berpaksikan rakyat. Sudah berlalu hari apabila ahli politik (sahaja) tahu yang terbaik. Penyelesaian di tangan rakyat. Hanya dengan politik yang mengutamakan rakyat sahaja kita boleh lari daripada kebanggaan dan ego pemikiran ahli politik yang paling tahu dan rakyat sekadar hanya mendengar.

“Kini, giliran kita untuk mendengar. Sudah tiba masanya untuk rakyat memberitahu kita apa yang perlu dilakukan. Muda percaya penyelesaian kepada isu yang kita hadapi terletak di tangan rakyat. Rakyat memegang kunci, dan ahli politik hanyalah kenderaan untuk perubahan yang rakyat Malaysia mahu lihat,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Muda Sabah Amos Thien menggesa orang ramai dari semua latar belakang, sama ada masyarakat akar umbi, profesional, ahli akademik, aktivis dan sebagainya, untuk berkongsi aspirasi #3UntukMalaysia mereka.

“Aspirasi #3UntukMalaysia juga boleh dikongsi secara dalam talian melalui malaysiamaju.co. Dengan cara ini, kita akan dapat melibatkan lebih ramai rakyat Malaysia untuk mendapatkan maklum balas tentang apa yang sebenarnya rakyat mahukan untuk negeri dan negara,” katanya.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top