MT UMNO Tak Mesyuarat Bincang Isu Anwar

armand-puad.jpg
Kongsi Bersama

KUALA LUMPUR: Majlis Tertinggi (MT) Umno tidak mengadakan sebarang mesyuarat bagi membincangkan langkah Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengadap Yang di-Pertuan Agong bagi menjelaskan sokongan yang diterimanya.

Umno sehingga kini berpegang kepada keputusan yang dibuat parti itu tidak akan bekerjasama dengan DAP dan Anwar.

Ahli MT Umno, Datuk Armand Azha Abu Hanifah ketika dihubungi mengesahkan tiada sebarang mesyuarat diadakan bagi membincangkan isu berkenaan.

“Tiada (sebarang mesyuarat). Saya konsisten sejak awal hingga kini.

“Sebagai pemimpin Umno saya berpendirian teguh (Umno) tidak akan bersama DAP dalam apa jua situasi,” katanya kepada Malaysiakini.

Pada 8 Okt, Anwar mengesahkan bahawa dia akan mengadap Yang di-Pertuan Agong pada 13 Okt (Selasa) untuk mempersembahkan butiran bahawa dirinya mempunyai sokongan majoriti di Dewan Rakyat.

Sebelum itu pada 23 Sept Anwar mengumumkan bahawa kerajaan Perikatan Nasional (PN) telah tumbang kerana dia telah mendapat sokongan majoriti kukuh ahli Parlimen bagi membentuk kerajaan baru.

Susulan kenyataan Anwar, Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendakwa ada Ahli Parlimen parti mereka menyokong presiden PKR itu dan dia tidak dapat menyekat sokongan wakil rakyatnya itu.

Bagaimanapun 11 ahli Parlimen Umno yang dikaitkan dengan dakwaan menyokong Anwar telah menafikan perkara itu selain turut membuat laporan polis.

Sementara itu, seorang lagi Ahli MT Umno Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi turut memaklumkan yang parti itu tidak membincangkan isu berkaitan Anwar.

Katanya, dalam masa terdekat ini hanya mesyuarat biro politik Umno akan berlangsung minggu depan.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top