MRS Cadang Kerajaan Negeri Guna 40% Lagu Etnik Semasa Majlis Rasmi

MRS-n-Joachim.jpg

Dr Joachim (tengah), Asmin (kiri) dan perwakilan dari MRS.

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Penyanyi-penyanyi tempatan di negeri ini mencadangkan kepada kerajaan Sabah untuk menggunakan 40 peratus lagu etnik semasa majlis rasmi.

Cadangan itu disampaikan oleh Pengarah Urusan Music Rights Sabah (MRS) Bhd Asmin Mudin semasa kunjungan hormat ke atas Timbalan Ketua Menteri Datuk Dr Joachim Gunsalam di Wisma Kewangan di sini semalam.

Dalam pertemuan itu, Asmin bersama empat pegawai lain dari pelbagai bahagian telah memberi taklimat kepada menteri berkenaan fungsi dan tanggungjawab MRS.

Dr Joachim, yang juga Menteri Pembangunan Perindustrian negeri memberi maklum balas positif terhadap cadangan itu, dan berharap MRS akan terus membantu peminat kreatif dan seni untuk meningkatkan produktiviti mereka selaras dengan Pelan Hala Tuju Sabah Maju Jaya.

MRS merupakan pengumpul tunggal dan pengedar royalti lagu-lagu etnik tempatan di Sabah dan Labuan, dan ia telah diiktiraf oleh kerajaan persekutuan sejak Januari tahun ini.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top