Mr Sabah mampu lahirkan bintang yang menyerlah di peringkat lebih tinggi – Jeffrey

dr-jeffrey.jpg

Dr Jeffrey ketika berucap merasmikan Kejohanan Bina Badan & Physique Mr Sabah 2024 di Keningau.

Kongsi Bersama

KENINGAU : Kejohanan Bina Badan & Physique Mr Sabah 2024 merupakan platform terbaik untuk melahirkan lebih ramai bintang dalam sukan bina badan negara.

Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan berkata, di peringkat Sabah ianya merupakan salah satu sukan popular yang mana Sabah memang amat digeruni dalam bidang ini.

Salah seorang peserta Kejohanan Bina Badan & Physique Mr Sabah 2024.

“Kita berharap agar lebih ramai lagi wakil Sabah mencipta nama di persada tanahair kerana kita pernah ada Justin Sompong dan beberapa ikon bina badan yang lain, pernah mengharumkan nama Sabah di peringkat lebih tinggi.

“Dengan adanya Kejohanan Bina Badan & Physique Mr Sabah kali ini, kita berharap ianya akan melahirkan lebih ramai bintang dalam sukan ini,” ujar beliau ketika berucap merasmikan Kejohanan Bina Badan & Physique Mr Sabah 2024 di Keningau.

Kejohanan itu disertai lebih 100 orang peserta dalam pelbagai kategori yang datang dari seluruh Sabah.

 

Kredit berita dan foto: SGmedia Groups

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top