MPN Keadilan Sabah Tubuh Jawatankuasa Pendidikan

christina.jpeg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU:Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Keadilan Sabah akan menubuhkan Jawatankuasa Pendidikan peringkat Negeri untuk membincangkan isu-isu pendidikan dan memberi syor penambahbaikan.

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah Datuk Christina Liew berkata, resolusi berkenaan berkaitan untuk memperbaiki Sistem pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) kepada pendidikan generasi

“Keadilan Sabah mengucapkan tahniah kepada pelajar-pelajar SPM yang telah membuktikan keupayaan peningkatan prestasi walaupun berdepan dengan cabaran Pandemik COVID-19.

“Tahniah dan terima kasih juga kepada warga guru dan pendidikan yang bertungkus lumus memastikan proses pengajaran terus berlangsung mengikut SOP dan norma baharu,” katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Jumaat.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Tawau berkata, peningkatan keputusan SPM tidak menggambarkan masalah sebenar yang dihadapi oleh guru, ibubapa dan pelajar dalam memastikan proses pembelajaran terutama di negeri Sabah yang masih dibawah purata Gred Purata Nasional (GPN).

Oleh itu katanya, Keadilan Sabah mengesa pihak kerajaan memperbaharui sekolah-sekolah daif yang masih banyak di negeri ini.

“Kementerian juga perlu melihat jumlah guru yg bertugas diluar bandar amat tidak seimbang.

“Guru-guru baru perlu dilantik terutama dalam kalangan anak Sabah untuk menampung kekurangan dan ketidakseimbangan itu,” katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Api-Api itu turut meminta Kerajaan GRS mengembalikan fungsi Kementerian Pendidikan Sabah agar dapat melihat isu-isu pendidikan di Sabah yang masih jauh ketinggalan daripada negeri-negeri lain.

Selain itu katanya, Keadilan juga menggesa Palimen dibuka untuk membincangkan sistem pendidikan yang mana melibatkan masa depan murid-murid dan generasi muda.

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top