MP Tawau Tubuh Pasukan Khas Percepatkan Proses Vaksinasi

Kongsi Bersama

TAWAU: Program vaksinasi kepada penduduk daerah ini akan dipercepatkan dalam usaha melindungi rakyatnya daripada pendemik COVID-19.

Ahli Parlimen Tawau Datuk Christina Liew berkata, pihaknya telah memulakan usaha itu dengan mendapatkan pendaftaran lebih ramai penduduk. Pusat Perkhidmatan Masyarakat Parlimen Tawau akan bekerjasama dengan Klinik Kesihatan Tawau untuk tujuan itu.

“Untuk tujuan ini, seramai sembilan pasukan khas pendaftaran vaksin telah dibentuk untuk mencapai lebih ramai penduduk awam di sini.

“Ini adalah strategi sasaran kami agar program vaksinasi kerajaan ini dapat dimanfaatkan oleh penduduk Tawau,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata, dengan adanya momentum seumpamanya, ianya pasti akan membantu mencapai sasaran imuniti berkelompok menjelang hujung tahun ini ataupun lebih awal.

“Ramai dalam kalangan masyarakat yang tinggal di kawasan pedalaman tidak mempunyai akses kepada maklumat.

“Walaupun fasa tiga bakal dilaksanakan bulan ini untuk mereka berumur 18 tahun ke atas, saya percaya masih ramai warga emas pada fasa kedua (60 tahun ke atas) masih belum diberikan vaksin,” katanya.

Katanya, pasukan pendaftar ini nanti akan mencari penduduk yang sudah mendaftar tetapi belum dimaklumkan temu janji mereka serta yang belum mendaftar.

Untuk maklumat lanjut, penduduk awam boleh berhubung dengan pegawai dari Pejabat Parlimen Tawau iaitu Fung Thin Yein (0126114700), Robert Penggai (0102027901), Putra Hj Andon (0133800332), Lucy Lo (0138832399), Rudi Abu (0178353383), Parman Husain (0106608021), Diyan Ayu Zaenal (0178118019), Samuel Fung (0128670030) dan Steven Chan (0198083378). –Utusan Borneo


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *