MP Tawau Puji Kejayaan APMM

christina-liew.jpg

Datuk Christina Liew. (Gambar fail)

Kongsi Bersama

TAWAU: Ahli Parlimen Tawau Datuk Christina Liew memuji Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang berjaya merampas sejumlah 32 kilogram dadah jenis syabu bernilai RM1.76 juta di perairan Inderasabah dekat sini, baru-baru ini.

Katanya, rampasan itu membuktikan bahawa APMM sentiasa peka untuk mengatasi sebarang kegiatan haram khususnya dalam kawasan Zon Selamat Pantai Timur Sabah (ESSZone).

“Tahniah kepada APMM dan teruskan usaha cemerlang itu, kita tahu pasukan ini tidak akan berhenti walaupun sudah mencapai rekod cemerlang dalam menggagalkan sebarang aktiviti haram berkaitan dadah di kawasan terbabit.

“Berita mengenai kejayaan ini sudah pasti akan meningkatkan lagi keyakinan orang awam terhadap keupayaan APMM,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Pada awal tahun ini, APMM turut berjaya menggagalkan cubaan penyeludupan minyak masak bersubsidi di perairan Semporna, gagalkan aktiviti bom ikan di Kudat dan banyak lagi.

Sementara itu, Christina turut memuji pasukan penguatkuasa seperti polis, polis marin dan Pasukan Gerakan Am yang turut melaksanakan tugasan dengan cemerlang apabila berjaya menggagalkan cubaan Pendatang Tanpa Izin untuk memasuki negeri ini.

Katanya, agensi-agensi keselamatan itu juga turut berjaya merampas barangan seludup seperti rokok, diesel serta bahan makanan lain dalam usaha mengekalkan ketenteraman awam. – Utusan Borneo

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top