Lebih sedozen ahli Parlimen menolak Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan pada musim pandemik, ketika pemimpin-pemimpin Umno yang bersekutu dengan Najib Razak terus mengugut untuk menarik sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional.
“Hampir tiga minggu selepas belanjawan yang sepatutnya mesra rakyat ini diluluskan, Umno mahu menggunakan pilihan raya sebagai muslihat terakhir untuk merebut lebih banyak kuasa dengan mengorbankan kesejahteraan, keselamatan dan kesihatan rakyat Malaysia,” kata 14 pemimpin itu dalam satu kenyataan bersama hari ini.
“Mereka memperlihatkan kepada kita semua diri mereka yang sebenar.”
Kenyataan itu ditandatangani 13 ahli Parlimen dan seorang senator iaitu: Darell Leiking (Penampang), Syed Saddiq (Muar), Mohd Azis Jamman (Sepanggar), Hannah Yeoh (Segambut), Yeo Bee Yin (Bakri), Baru Bian (Selangau), Sivarasa Rasiah (Sungai Buloh), Salahuddin Ayub (Pulai), Amiruddin Hamzah (Kubang Pasu), Teo Nie Ching (Kulai), Isnaraissah Munirah Majilis (Kota Belud), Mahfuz Omar (Pokok Sena), Khalid Samad (Shah Alam) dan Marzuki Yahya (senator).
Baca selanjutnya di sini.