MP Keningau Teruskan Bantuan Prihatin Kepada Rakyat

MP-Keningau-bantuan.jpg
Kongsi Bersama

TAMBUNAN: Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian Dan Perikanan Sabah, DSP Dr Jeffrey G Kitingan, menyumbangkan sebuah kerusi roda kepada seorang warga emas di Kg.Dotoki, Tambunan pada Khamis.

Penyerahan sumbangan tersebut disempurnakan oleh Setiausaha Politik beliau, Arlinsia Agang dan diterima oleh anak warga emas berkenaan, Samitah Kassim sebagai wakil.

Turut menyaksikan penyerahan tersebut ialah Julita Ajun, Penaja JPKK Kg Mahua Dotoki, yang baharu sahaja digazetkan sebagai sebuah perkampungan oleh kerajaan.

Arlinsia (dua dari kiri) menyerahkan kerusi roda kepada Samitah, bagi pihak orang tuanya.

Arlinsia diiringi oleh Naib Ketua Star Bahagian merangkap Ketua Biro Kebajikan Bahagian N39 Tambunan, Dr James Liew serta kakitangan Pejabat Wakil Rakyat Tambunan (PWR).

Di kampung berkenaan, beliau turut membuat tinjauan ke beberapa buah rumah yang usang milik penduduk kampung.

Sementara itu di Kg. Rugading Pegalan pula, Arlinsia berkesempatan menyerahkan 25 bakul makanan sumbangan Ahli Parlimen P180 yang di terima oleh Pjpkk Petrus Gilus untuk diserahkan kepada senarai penerima bantuan dalam Program Kebajikan Gerakan Bersama PWR dan Biro Kebajikan Star pimpinan Dr James.

Pada sesi singkat tersebut, Arlinsia turut menyerahkan sumbangan dana bagi menaja program gotong-royong membersihkan kawasan perkampungan berkenaan kepada Petrus Gilus.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top