MP Keningau Sumbang RM10,000 Bantu Sondoton D’Kabaid

jeffrey-2.jpg
Kongsi Bersama

Ahli Parlimen Keningau Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan hari ini mengumumkan bantuan peribadi beliau untuk membantu pengusaha Sondoton D’Kabaid bagi fasiliti elektrik disalurkan ke eko-pelancongan berkenaan.

Beliau yang juga merupakan Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah, mengumumkan perkara itu ketika berucap merasmikan eko-pelancongan berkenaan di Kg.Apin-Apin Di sini pagi ini.

Selain itu, Jeffrey turut menyeru agar penduduk yang miliki tanah berdaya komersil, menceburi industri eko-pelancongan kerana industri ini merupakan industri yang mampu menjana pendapatan keluarga.

Dalam pada itu, Jeffery turut menyentuh soal pemuliharaan hutan alam semulajadi yang harus dititikberatkan demi kebaikan generasi akan datang.

“Hutan kita hari ini memiliki nilai yang sangat tinggi dan harus di pelihara dan bukan untuk dimusnahkan.

Program Natures Conservation Agreement (NCA) misalnya, bakal dilaksanakan untuk tujuan berkenaan agar pemilik-pemilik tanah dapat menjana hasil dan keuntungan manakala kerajaan Sabah pula mampu meningkatkan pendapatan mulai tahun ini agar Sabah tidak terlalu bergantung kepada pihak lain,” katanya.

Mesyuarat Kabinet Negeri dua hari lalu telah sebulat suara menyokong dan bersetuju untuk pelaksanaan NCA ini setelah dicadangkan oleh Jeffrey dalam siri mensyuarat-mesyuarat sebelumnya.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top