MP Diarah Calonkan PM Secara Bertulis Sebelum 4 Petang Esok

speaker-azhar.jpg
Kongsi Bersama

PETALING JAYA: Ahli-ahli Dewan Rakyat perlu memberikan Surat Akuan (SD) masing-masing selewat-lewatnya esok pada pukul 4 petang esok kepada Setiausaha Sulit Kanan, Kolonel Datuk Nazim Mohd Alim.

Dalam satu surat rasmi, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun menerangkan perincian SD tersebut.

“Surat akuan hendaklah diserahkan kepada pihak Istana Negara selewat-lewatnya pada Rabu, 18 Ogos 2021 sebelum jam 4 petang untuk perhatian setiausaha sulit kepada Yang di-Pertuan Agong.

“Saya ingin memberi notis kepada ahli-ahli Dewan Rakyat, supaya menyerahkan satu surat akuan yang menyatakan dengan terang dan jelas seorang ahli Dewan Rakyat yang diberi kepercayaan untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-9,” katanya dalam surat tersebut.

Hal ini adalah susulan peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri selepas beliau tidak lagi mempunyai sokongan majoriti daripada ahli-ahli Parlimen Dewan Rakyat.

Semua ketua-ketua parti atau wakil telah dipanggil untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini sekitar pukul 2 petang nanti di Istana Negara.

Dijangka yang akan turut hadir pada pertemuan itu ialah Azhar Azizan dan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr. Rais Yatim.

Azhar Azizan juga telah mengingatkan semua ahli Dewan Rakyat untuk menghormati dan menjaga rahsia SD masing-masing.

“Ahli-ahli Dewan Rakyat diperingatkan untuk menjaga kerahsiaan SD tersebut sehingga Yang di-Pertuan Agong membuat keputusan pelantikan Perdana Menteri Malaysia ke-9.

“Yang di-Pertuan Agong dalam melaksanakan budi bicara Tuanku di bawah Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan perlu melantik seorang ahli Dewan Rakyat yang di dalam hemat Baginda Tuanku mungkin mempunyai kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat sebagai Perdana Menteri,” katanya. – UTUSAN


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top