MoU Antara Kerajaan dan PH Petanda Negara Boleh Amalkan Politik Matang – SSK

SSK.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Panglima Dr Salleh Said Keruak menyambut baik usaha wakil keajaan dan Pakatan Harapan (PH) memuktamadkan Memorandum Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik.

Beliau yang juga bekas Bendahari Agung UMNO berkata persefahaman itu merupakan petanda baik bahawa negara ini boleh mengamalkan politik matang demi kesejahteraan rakyat.

“Sememangnya kita memerlukan pendekatan politik baharu secara dwi-partisan agar Malaysia boleh mengatasi cabaran COVID-19, ekonomi dan yang berkaitan dengan kadar segera. Semoga usaha ini terus dapat dilaksanakan dengan baik,” katanya sebagaimana dipetik oleh Jesselton Times dari hantaran terbaharu di Facebook.

Semalam, wakil-wakil pihak Kerajaan dan Pakatan Harapan telah memuktamadkan sebuah memorandum persefahaman di antara kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan.

Kedua-dua pihak bersetuju untuk menandatangani memorandum persefahaman itu jam 5 petang ini di Dewan Bankuet, Parlimen Malaysia yang akan disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama Ketua-Ketua Parti Pakatan Harapan iaitu Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Presiden UPKO Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top