MOT sokong inisiatif buka permit laluan feri antarabangsa Kudat-Pulau Palawan

Loke.jpg

Anthony Loke ketika menghadiri satu program di Kudat semalam berkata perkhidmatan feri itu akan meningkatkan pelancongan di Sabah. (Gambar Bernama)

Kongsi Bersama

KUDAT: Kementerian Pengangkutan menyokong inisiatif membuka permit laluan feri antarabangsa untuk laluan Kudat-Pulau Palawan (Filipina) bagi meningkatkan sektor pelancongan di daerah berkenaan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata cadangan yang diutarakan oleh Ahli Parlimen Kudat, Datuk Verdon Bahanda perlu direalisasikan untuk pembangunan sosio-ekonomi di kawasan berkenaan yang terletak kira-kira 200 kilometer dari pusat bandar Kota Kinabalu.

Beliau berkata, sekiranya cadangan itu dapat direalisasikan, ia sudah tentu dapat membawa pembangunan ekonomi besar kepada Sabah.

Beliau menyatakan demikian ketika berucap merasmikan Pelancaran Program (MyLesen) 2024 Parlimen Kudat di Dataran Tomborongus Kudat.

Jelasnya, untuk merealisasikan cadangan berkenaan, banyak pertimbangan yang perlu dilihat, antaranya, keselamatan, ekonomi dan laluan laut.

Cadangan mengenai perhubungan laut antara Kudat dan Palawan itu telah pun dikemukakan di Dewan Rakyat, tahun lepas.

Pulau Palawan Filipina, berkeluasan 1.7 juta hektar merupakan destinasi pelancongan utama serta memiliki kekayaan alam semula jadi, pantai yang indah dan kawasan terumbu karang.

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top