Mohd Rafi Ketua UMNO Labuan Baharu

mohd-rafi.jpg

Mohd Rafi (Foto: Facebook)

Kongsi Bersama

BEKAS Ketua Pergerakan Pemuda Umno Labuan Mohd Rafi Alli Hassan menang tanpa bertanding jawatan Ketua Umno Bahagian Labuan selepas penyandangnya Bashir Alias memutuskan untuk tidak mempertahankan jawatan berkenaan pada pemilihan parti di peringkat bahagian berkenaan.

Kemenangan itu juga susulan daripada pemimpin bahagian berkenaan yang membuka jalan untuk beliau meneraju Umno Labuan mengambil kira pengalaman luas dalam politik peringkat tempatan dan nasional.

Mohd Rafi, 45, turut mengisytiharkan bertanding bagi merebut jawatan Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno bagi penggal 2023-2026.

Bekas setiausaha politik kepada bekas Menteri Wilayah Persekutuan Tengku Adnan Tengku Mansor itu berkata, beliau akan menggunakan pengalaman berkhidmat sebagai Ketua Pergerakan Pemuda Labuan untuk menyumbang dan memperkukuh parti.

Saya akan menggunakan pengalaman ketika di peringkat akar umbi sejak 2008 bagi membentuk barisan kepimpinan yang mantap dalam menguruskan parti serta berkhidmat kepada masyarakat di pulau ini,” katanya.

Bashir kini timbalan ketua Umno bahagian manakala Khalid Abd Ghani sebagai naib ketua.

Khalid berkata seramai 43 calon daripada pelbagai cawangan parti itu bertanding untuk merebut jawatan 20 ahli jawatankuasa bahagian.

Setiausaha Umno Bahagian Labuan Mohd Dzulfaizal Ab Manan mengesahkan Niswati Tarji turut mempertahankan jawatan Ketua Wanita Umno Bahagian selepas menang tanpa bertanding. – Bernama

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top