Mohammadin Umum Keluar Warisan

IMG_20211030_155703.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Seorang lagi pemimpin kanan Parti Warisan Sabah (Warisan) mengumumkan keluar parti hari ini.

Ahli Parlimen Lahad Datu dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Segama, Datuk Mohamaddin Ketapi mengumumkan beliau keluar meninggalkan parti tersebut dalam sidang media yang diadakan di Sutera Harbour sini tadi.

Mohamaddin, 64, berkata, beliau bertindak keluar parti bagi memberi tumpuan untuk memaju dan membangunkan Parlimen Lahad Datu serta DUN Segama, yang menurutnya tiada kemajuan sampai ke kawasan tersebut.

Mantan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan itu kini menjadi ADUN Bebas yang menyokong Kerajaan Negeri dan Persekituan.

Beliau juga menyatakan sokongan kepada Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Kerajaan Persekutuan.

Pada Oktober 8, Ketua Penerangan Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Dr. Yusof Yacob yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin, juga meninggalkan parti itu untuk menjadi ADUN Bebas.

 


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top