Mohammadin Ketapi Sertai Bersatu

mohammadin-n-hamzah.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Lahad Datu Datuk Mohamaddin Ketapi yang mengumumkan keluar daripada Warisan pada 30 Oktober lalu secara rasminya menjadi ahli baharu Bersatu.

Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin dalam kenyataan berkata, permohonan keahlian Mohamaddin diperaku dan diterima dalam mesyuarat khas Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu malam tadi yang dipengerusikan Presidennya Muhyiddin Yassin.

Menurut Hamzah penyertaan baharu itu bakal mengukuhkan lagi kedudukan kerajaan negeri Sabah pimpinan Ketua Menteri Hajiji Noor.

Ketika mengumumkan tindakannya meninggalkan Warisan, Mohammad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Segama berkata langkah itu diambil kerana mahu memberi tumpuan memaju dan membangunkan Parlimen Lahad Datu serta DUN Segama.

Mengenai perkembangan pilihan raya negeri (PRN) Sarawak, Hamzah berkata, Bersatu akan mengadakan perbincangan lanjut bersama parti komponen Perikatan Nasional (PN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi menentukan strategi dan persiapan menjelang PRN itu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh PRN Sarawak ke-12 akan diadakan pada 18 Dis ini.

Selain itu, parti itu memutuskan akan mengadakan Persidangan Agung Tahunan (PAT) Bersatu kelima pada 18 dan 19 Dis ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya yang bakal dihadiri 1,600 perwakilan dari seluruh negara secara fizikal.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top