Mohamaddin Kecewa Orang Luar Jadi Calon di Lahad Datu

mohamaddin.jpg

Datuk Mohamaddin (Gambar fail)

Kongsi Bersama

LAHAD DATU: Penyandang kerusi Parlimen Lahad Datu yang tidak bertanding pada PRU15 ini, Datuk Mohamaddin Ketapi menyuarakan rasa kecewanya kerana parti-parti yang bertanding menurunkan calon bukan anak tempatan bertanding di kerusi tersebut.

Kata beliau, kesilapan yang dibuat pihak atasan adalah menghantar orang bukan dari Lahad Datu untuk jadi calon di sini dan ini mengecewakan penduduk di sini.

“Biarlah saya tidak dicalonkan asalkan orang Lahad Datu jadi calon. Seperti yang saya katakan ‘dicampak’ dari atas dan minta Orang Lahad Datu ‘telan’ inilah calon dari syurga kamu undi ini,” ujarnya.

Tambahnya lagi ada ramai penduduk Lahad Datu yang berkelayakan namun tidak terpilih sebagai calon.

“Orang Lahad Datu ada juga yang berpelajaran tinggi dan berpengalaman namun mengapa mereka diperlakukan begini.

“Tidak semestinya saya asalkan orang tempatan. Calonkan orang luar mengundang kekecewaan orang Lahad Datu.

Pada PRU14, Mohamaddin memenangi kerusi Parlimen berkenaan atas tiket Warisan dengan majoriti 6,401 undi mengatasi empat pencabar lain.

Beliau bagaimanapun keluar dari Warisan pada Oktober 2021 dan kemudiannya menyertai Bersatu. Tetapi pada Jun lepas, bekas menteri pelancongan kerajaan Pakatan Harapan itu mengumumkan keluar dari Bersatu dan menjadi wakil rakyat Bebas.

Sehingga kini beliau masih ADUN Segama dan dengan memutuskan tidak bertanding kerusi Parlimen, Mohamaddin berkata beliau mahu memberi tumpuan untuk berkhidmat kepada rakyat Segama.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top