MKT Umno Putuskan Tarikh Pemilihan Esok

umno.jpg
Kongsi Bersama

PETALING JAYA: Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno akan memutuskan tarikh pemilihan parti itu pada mesyuarat malam esok, kata Setiausaha Agung Datuk Seri Ahmad Maslan.

Ahmad berkata, mengikut prosedur perkara itu perlu dibincangkan terlebih dahulu di peringkat bahagian parti sebelum dibawa ke MKT untuk keputusan muktamad.

“Umno perlu memuktamadkan tarikh pemilihannya selewat-lewatnya pada 19 Mei kerana pemilihan mesti diadakan dalam tempoh enam bulan selepas pilihan raya umum,” katanya pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Pemilihan parti mesti diadakan selewat-lewatnya pada 19 Mei selepas Umno meminda perlembagaannya bagi membolehkan pemilihan ditangguhkan enam bulan selepas pilihan raya umum. – FMT

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top