MKT UMNO: Bung Moktar Antara Lima Lepasi Garis Kemenangan

bung-3.jpg
Kongsi Bersama

KUALA LUMPUR: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin muncul antara lima pemimpin awal melepasi garis kemenangan sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada pemilihan yang berlangsung semalam.

Setakat jam 1.30 pagi tadi, Bung memperoleh 102 undi daripada 189 bahagian yang bersidang semalam. Jumlah itu meletakkan beliau di tempat keempat dalam senarai lima pemimpin yang melepasi garis kemenangan.

Mendahului senarai calon dengan undi di tempat pertama terbanyak ialah Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah, yang memperoleh 109 undi dari bahagian.

Beliau disusuli Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, juga menang dengan 107 undi, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz (106), Bung Moktar (102) dan Setiausaha Agung UMNO, yang juga Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan (101).

Seramai 95 calon merebut jawatan itu dalam pemilihan UMNO kali ini.

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top