‘Misteri’ Tiang, Wayar Dan Panel Solar Di Pulau Jambongan

Jambongan-2.jpg
Kongsi Bersama

Tiangnya ada, wayarnya telah ditarik, panel-panel solar juga telah tersiap sedia, tetapi elektriknya mana?

Itu soalan yang dibangkitkan oleh seorang pemilik akaun Facebook berhubung peristiwa ‘aneh’ di Pulau Jambongan, pulau kedua terbesar di Sabah yang terletak di di Teluk Paitan, Beluran, Sandakan. Status itu boleh dirujuk di sini.

Status yang dimuatnaik oleh seorang pengguna FB berkaitan tiang, wayar dan panel solar di Pulau Jambongan.

Kehadiran tiang, wayar dan panel-panel solar itu bukan sebulan dua, tetapi telah memasuki tahun yang kelima. Dalam tempoh itu kerajaan Persekutuan telah bertukar empat kali, dari BN kepada PH kemudian kepada PN yang diterajui Bersatu dan kini gabungan apa entah yang diterajui UMNO.

Di Sabah pun telah berlaku tiga kali pertukaran kerajaan dalam tempoh yang sama.

Satu laporan Harian Metro pada 28 Jun 2019 menyebut bekalan elektrik di Pulau Jambongan hanya bergantung pada generator, tetapi laporan itu mencatatkan bahawa ketika itu ‘projek tenaga solar sedang dilaksanakan’.

Apakah tiang, wayar dan panel-panel solar itu mempunyai kaitan dengan projek yang dimaksudkan dalam laporan berkenaan?

Kalau betul, kenapa ia terhenti? Takkan nak salahkan Rusia atau Ukraine?

Wayar telah lama dipasang tetapi elektriknya belum ada.

Pihak berkenaan patut perjelaskan mengenai perkara ini. Membiarkan tiang, wayar dan panel-panel solar itu menjadi ‘kupang tembaga’ bukanlah langkah yang betul. Ia tidak menguntungkan kerajaan dan rakyat walaupun mungkin menguntungkan pihak lain.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top