Miskin tegar Sabah kini 13,172 ketua isi rumah

hajiji-5.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Jumlah miskin tegar di Sabah berkurangan kepada 13,172 ketua isi rumah (KIR) setakat 24 Mac, berbanding 22,510 KIR pada tiga tahun lepas.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Haji Noor berkata antara daerah mempunyai KIR kemiskinan tegar ialah Tuaran, dengan setakat bulan lepas hanya sekitar 600 KIR dalam kumpulan itu, berkurangan berbanding 1,000 KIR pada tiga tahun lepas.

Beliau berkata penurunan itu memperlihatkan bahawa kerajaan telah melakukan yang terbaik untuk rakyat dan menoktahkan miskin tegar menjadi keutamaan dalam membangunkan negeri di bawah bayu ini.

“Dalam kita merancang pembangunan besar, kita tidak lupa golongan miskin tegar. Kita ada sekretariat Sabah Maju Jaya (SMJ) yang ditugaskan menangani isu kemiskinan di Sabah,” katanya dalam kenyataan.

Hajiji berkata antara inisiatif dilaksanakan bagi menoktahkan miskin tegar ialah pembinaan Rumah Mesra SMJ, yang mana setiap tahun 1,500 rumah diberikan kepada mereka yang tersenarai dalam e-kasih.

“Setiap DUN diperuntukkan 20 rumah, jadi sekarang ini sudah ada 3,000 rumah diberi kepada golongan miskin tegar, yang ada dalam senarai e-kasih.

“Maknanya, kerajaan memandang serius masalah kemiskinan tegar dan berusaha membantu melalui pelbagai cara, bukan saja bantuan rumah, malah dibantu memulakan perniagaan kecil-kecilan supaya statistik mereka dapat diturunkan,” katanya. -BERNAMA

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top