Minyak Masak Peket Terapung di Perairan Riau Bukan Dari Malaysia

minyak-terapung.jpg
Kongsi Bersama

JAKARTA: Ratusan minyak masak paket ditemukan terapung di perairan Indonesia adalah disebabkan oleh kemalangan kapal kargo pengangkut bahan keperluan asas, menurut Kementerian Perdagangan Indonesia (Kemendag).

Ketua Pengarah Perdagangan Dalam Negeri, Syailendra berkata, kejadian itu melibatkan minyak masak paket berjenama ‘Fortune’ berlaku di wilayah perairan Riau.

“Maklumat dari pengeluar minyak masak mengatakan, kemalangan kapal dan minyak masaknya jatuh ke laut,” kata Syailendra seperti dipetik portal berita detikcom hari ini.

Syailendra turut mengirimkan sebuah video kepada detikcom mengenai nahas kapal kargo Aneka Maju yang terjadi di Selat Malaka, perairan Riau.

“Itu bukan di Laut Jawa, itu di Riau. Jadi memang kemalangan. Saat ini masih dicek,” katanya.

Sejak beberapa hari lepas, tular di media sosial mengenai penemuan ratusan paket minyak masak terapung di perairan Indonesia dan menimbulkan tanda tanya pelbagai pihak.

Kemalangan kapal kargo sering terjadi di perairan itu disebabkan faktor cuaca dan teknikal.

Terdahulu Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, Tan Sri Annuar Musa, berkata pihaknya belum menerima bukti mengenai laporan minyak masak peket dipercayai dibawa dari Malaysia, ditemukan terapung di perairan Indonesia sehingga tular di media sosial.

Bagaimanapun, Annuar berkata maklumat awal diterima ialah minyak tersebut keluaran Indonesia. – BERNAMA

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top