Minta, Terima Rasuah: Dua Wanita Ditahan Di Tawau

sprm.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Dua wanita – seorang daripadanya penjawat awam – telah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah di Tawau pada Rabu kerana didakwa meminta dan menerima suapan RM400.

Sumber berkata, kedua-dua suspek dipercayai meminta dan menerima wang itu daripada orang awam bagi tujuan memproses perintah mahkamah.

Menurutnya, kedua-dua mereka masing-masing berusia 38 dan 50 tahun bertugas di Mahkamah Syariah Tawau.

“Mereka ditahan di pejabat SPRM Negeri Sabah Cawangan Tawau ketika hadir memberi keterangan pada jam 5.30 petang, tadi,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S. Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata kes berkenaan akan disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Tambahnya, kedua-dua suspek ditahan selama 24 jam untuk siasatan lanjut.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top