MIC Tak Bantah Anak Bekas Timbalan Presiden Sertai Warisan

MIC.jpg
Kongsi Bersama

KUALA LUMPUR: MIC tidak membantah langkah bekas anggota jawatankuasa kerja pusat parti itu selama dua penggal, Datuk Seri S Sunther, menyertai Warisan, kata Presidennya Tan Sri S A Vigneswaran.

Beliau berkata Sunther, anak bekas Timbalan Presiden MIC Datuk Seri S Subramaniam, telah bertemu dengannya untuk memberitahu mengenai pelawaan menyertai parti dari Sabah itu.

“Saya tidak ada apa-apa tentangan ataupun any objection untuk beliau meneruskan bidang politik dalam Warisan, malah saya berterima kasih kepada beliau kerana telah mengambil masa dan berjumpa dengan saya.

“… perjumpaan berlangsung selama setengah jam, dan saya ucapkan ‘all the best’ kepada beliau dalam parti Warisan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Cek Institut Pembangunan Pendidikan Maju (MIED) 2022.

Tiga hari lalu, media melaporkan Sunther menyertai Warisan dan akan bertanding di atas tiket parti itu pada pilihan raya umum akan datang kerana percaya kepada visi dan hala tujunya.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top