MIC Labuan Akan Dihidupkan Semula

suresh-muniandy.jpg
Kongsi Bersama

LABUAN: MIC Labuan yang dibubarkan pada November 2018 akan “dihidupkan” semula dalam masa terdekat menerusi penubuhan sekurang-kurangnya lima cawangan, kata bekas Timbalan Setiausaha MIC Labuan Suresh Muniandy (gambar).

Katanya penubuhan semula MIC Labuan sudah mendapat persetujuan MIC pusat.

“Oleh kerana MIC Labuan telah dibubarkan berikutan pengunduran besar-besaran barisan pemimpin bahagian tidak lama selepas Pakatan Harapan mengambil alih pucuk pimpinan kerajaan, saya dan barisan baharu harus bermula daripada kosong,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Suresh, 49, merupakan anak pengasas MIC Labuan iaitu Muniandy K. Marimuthu yang menubuhkan bahagian itu pada 1986.

Mengulas lanjut, Suresh berkata penubuhan semula MIC Labuan akan menyediakan platform politik bagi masyarakat India di pulau itu menyuarakan permasalahan berkaitan komuniti.

 


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top