MetMalaysia Keluar Nasihat Ribut Tropika Krovanh Di Perairan Sabah

ribut.jpg
Kongsi Bersama

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan nasihat mengenai ribut tropika, Krovanh yang menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di kawasan perairan Sabah.

Dalam kenyataan malam tadi, MetMalaysia memaklumkan jarak dari bandar terdekat dengan kedudukan ribut itu kira-kira 513 km ke barat laut Kudat, Sabah.

“Berdasarkan pencerapan pada 8 malam ini (20 Disember), kedudukan ribut tropika itu berada kira-kira 595 km ke tenggara Da Lat, Vietnam dan bergerak ke arah barat dengan kelajuan 20 km sejam (km/j).

“Kelajuan angin ribut tropika itu boleh mencapai kelajuan maksimum sehingga 65 km/j,” katanya.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top