Mesyuarat Agung Ke 19 Pemuda PAS Sandakan Dilaksana Secara Hibrid

pas-sandakan.jpg
Kongsi Bersama

Oleh: Aizal Samsaruddin

SANDAKAN: Dewan Pemuda PAS Sandakan telah melaksanakan Mesyuarat Agung Tahunannya kali ke 19, yang dilaksanakan secara bersemuka dan dalam talian semalam.

Pengarah Program, Yadzlan Yahya berkata penganjuran Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Pemuda kali ini diadakan secara hibrid kerana mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) pihak berkuasa tempatan yang membenarkan perkumpulan ramai 50% mengikut kapasiti tempat.

Sementara itu, Ketua Pemuda, Ramlan Pandi berkata dalam ucapannya menyeru pemuda sentiasa melakukan kerja dengan penuh efisyen dan berkredibiliti bagi melahirkan pemuda yang berkualiti mendepani PRU15 yang semakin hampir.

Mesyuarat Agung turut diserikan dengan kehadiran Yang Dipertua PAS Sandakan, Sahar Abdul Majid yang turut memberikan kata-kata motivasi buat kepimpinan Pemuda PAS Sandakan.

Mesyuarat Agung kali ini telah memilih muka baharu dalam kepimpinan Pemuda PAS Sandakan iaitu Noorman Azman dan Shamsudin Iberahim masing-masing memegang Timbalan Ketua Pemuda dan Naib Ketua Pemuda.

Sementara, Ketua Pemuda, Ramlan Pandi masih mengekalkan jawatannya untuk sesi kali ini.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top