Menteri, Timbalan Menteri Tak Ambil Gaji 3 Bulan

kabinet.jpg
Kongsi Bersama

Semua menteri dan timbalan menteri tidak akan mengambil gaji selama tiga bulan mulai Jun ini sebagai sumbangan bagi membiayai perbelanjaan berkaitan Covid-19.

Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika menyampaikan perutusan khas berkenaan bantuan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) yang disiarkan di kaca televisyen pada Isnin malam.

“Saya ingin memaklumkan tanda sokongan barisan menteri dan timbalan menteri dengan tidak mengambil gaji selama tiga bulan mulai Jun 2021.

“Gaji yang tidak diambil ini akan disumbangkan ke dalam Akaun Amanah Bencana sebagai membiayai perbelanjaan berkaitan Covid-19,” katanya.

 

Sumber foto: pmo.gov.my


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top