Menteri Beri Bayangan Rombakan Dalam JANS Untuk Atasi Masalah Air

masidi-n-shahelmey.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Rombakan mungkin akan dibuat tidak lama lagi dalam Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) bagi menangani isu bekalan air yang terus-menerus berlaku di negeri ini.

The Star melaporkan pertemua antaraTimbalan Ketua Menteri Datuk Shahelmey Yahya, yang merupakan Menteri Kerja Raya negeri, dan Menteri Kewangan negeri Datuk Seri Masidi Manjun baru-baru ini menampakkan tanda-tanda akan berlakunya rombakan itu.
“Kami berdua merasakan terdapat keperluan mendesak untuk meletakkan orang yang betul di tempat yang betul di semua peringkat Jabatan Air untuk pengurusan yang lebih baik dan pengagihan bekalan air yang lebih baik pengguna,” kata Masidi dalam laporan itu.
Beliau menambah bahawa Shahelmey, selaku menteri yang menyelia Jabatan Air, sedang meneliti perkara tersebut.

Menurut laporan itu lagi, Shahelmey ketika dihubungi bersetuju bahawa terdapat keperluan bagi pegawai JANS lebih proaktif dalam menangani masalah kekurangan air yang semakin membarah.
“Diakui, kita menghadapi masa yang mencabar. Langkah segera yang telah diambil untuk (mengatasi) kekurangan bekalan air terawat adalah dengan menghantar lori tangki air ke kawasan terjejas,” katanya.

Namun beliau berkata, langkah itu tidak boleh dianggap sebagai penyelesaian sebenar tetapi sekadar meredakan keadaan.
Kebelakangan iengguna di Sabah menonjolkan masalah bekalan air mereka di media sosial setiap hari. Daripada tiada air langsung pada hujung minggu hingga tekanan rendah pada hari bekerja, mereka tidak henti-henti merungut tentang kegagalan Jabatan Air memberikan penyelesaian.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top