Menjejaki 60,000 Yang Belum Divaksin Di Keningau

vaksinasi.jpg
Kongsi Bersama

KENINGAU: Pasukan Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) akan berusaha mencari lebih daripada 60,000 orang atau 38 peratus penduduk daerah ini yang belum menerima vaksin, kata Pengerusinya, Walter Kenson

Katanya, program outreach (jangkauan luar) dilakukan dalam usaha mencari penduduk yang belum diberi vaksin, terutama mereka yang tinggal di kawasan terpencil yang kekurangan atau tidak mempunyai akses internet untuk mendaftar melalui aplikasi MySejahtera, orang sakit dan orang kurang upaya ( OKU).

“Walaupun Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang terletak di daerah ini, Bingkor dan Sook telah dibuka untuk orang ramai menerima vaksin secara ‘’walk in’ (datang terus tanpa temujanji), mereka yang belum mendaftar melalui MySejahtera tidak melakukannya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas program vaksinasi outreach yang diadakan di pasar malam sini, dia menjelaskan program ini memberi peluang kepada mereka yang belum diberi vaksin.

Walter, yang juga Pegawai Daerah, berkata CITF berharap agar mereka yang belum diberi vaksin untuk melakukannya semasa program outreach tersebut tetapi ianya merupakan tugas yang sukar kerana mereka tersebar di seluruh daerah dan sukar dihubungi.

“Saya telah meminta pemimpin masyarakat di peringkat kampung , iaitu Ketua Kampung dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) untuk memastikan semua penduduk di kawasan masing-masing menerima vaksin.

“Mereka juga harus melaporkan penduduk yang belum menerima vaksin kepada CITF supaya kita dapat menghantar pasukan untuk memberikan mereka vaksin,” katanya.

Walter percaya dengan kerjasama yang diberikan oleh pemimpin di peringkat akar umbi, Ketua Kampung dan Pengerusi JPKK, proses vaksinasi akan berjalan dengan lancar.

Beliau berharap pemimpin masyarakat dan ahli keluarga juga berusaha meyakinkan mereka yang masih tidak mahu diberi vaksin mengenai pentingnya untuk mendapat vaksinasi.

Katanya, Sekretariat CITF di sini telah mempermudahkan bagi mereka yang belum menerima vaksin dengan memperluasnya melalui vaksinasi ‘walk in’ tanpa had, kerana ianya lebih mudah dan berkesan jika mereka datang ke PPV untuk menerima vaksin.

“CITF Keningau mensasarkan proses vaksinasi di daerah ini akan selesai lebih awal dari yang dijangkakan, iaitu minggu kedua bulan depan,” katanya. – DE/Warta Oriental


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top