Mengapa Tawau ‘Lebih Merah’ Daripada Zon Merah Di Semenanjung?

tawau.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Tawau adalah zon merah, begitu juga Kuala Lumpur dan Selangor. Tetapi Tawau berada di bawah PKP, sementara dua yang lain berada di bawah PKPB, hakikat yang cukup mengecewakan.

Pengerusi Pusat Hak Asasi Manusia Sabah, Sherzali Asli berkata, kerajaan perlu memahami peluang ekonomi di daerah pantai timur negeri itu adalah lebih kecil berbanding semenanjung.

Bagaimanapun, katanya, peraturan yang dikenakan di luar bandar Tawau jauh lebih ketat berbanding di Selangor dan Kuala Lumpur, pusat bandar yang jauh lebih padat dan kompleks.

“Perniagaan (di Kuala Lumpur dan Selangor) dibenar berniaga sehingga tengah malam dan orang ramai boleh makan di restoran dengan SOP yang ketat,” katanya kepada FMT.

“Betul, malah peniaga yang menjual pakaian dan keperluan Hari Raya dibenar berniaga sehingga jam 2 pagi.

“Ini jelas menunjukkan kurangnya kepercayaan terhadap Tawau, yang kurang membangun dan mempunyai populasi yang jauh lebih kecil berbanding Selangor dan KL.

“Tawau dan banyak lagi daerah di bawah PKPD tidak boleh diperlakukan seperti anak angkat terutama berkaitan pelaksanaan SOP untuk zon merah.

“Penduduk di Sabah, khususnya, Tawau, terdesak dan kerajaan tidak boleh menggunakan kerangka sama digunakan di semenanjung di sini dan mengharapkan ia berfungsi.”

 

Baca seterusnya di: FMT

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top