Mencari Keluarga, Waris Nur Aisyah Abdullah

nur-aisyah.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Pejabat Kebajikan Bahagian Kudat sedang mengesan ahli keluarga dan waris kepada kanak-kanak bernama Nur Aisyah Abdullah (gambar).

Pelindung dari pejabat tersebut, Salbiah Jemon berkata, Nur Aisyah yang berusia 3 tahun 10 bulan telah ditinggalkan oleh keluarga atau warisnya di Kampung Rosob, Pitas.

Dia memohon waris atau sesiapa yang mengenali kanak-kanak ini untuk tampil membantu siasatan selaras peruntukan S.15(3) Akta Kanak-kanak 2001.

Katanya, individu yang berkenaan boleh menghubungi Pelindung Pejabat Kebajikan Bahagian Kudat atau melalui talian telefon 088-611798.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top