Menara Telekomunikasi Terbakar Di Telupid Dibaik Pulih Berperingkat, Kata SKMM

anis-arina.jpg

Gambar yang dikongsikan Anis Arina Aqilah Roslee menunjukkan dia mengikuti ODL dalam bonet kereta.

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) kini sedang menjalankan kerja membaik pulih sebuah menara telekomunikasi yang dilaporkan terbakar di Telupid pada 25 Mac lepas.

Dalam kenyataan pada Jumaat, SKMM memaklumkan pihaknya bersama penyedia perkhidmatan telekomunikasi terbabit akan berusaha menyelesaikan kerja membaik pulih menara itu secara berperingkat.

SKMM mengambil maklum dan bersimpati mengenai kisah seorang pelajar semester enam yang terpaksa memandu sejauh 10 hingga 15km demi mencari liputan internet sehingga terpaksa belajar dalam bonet kereta selepas menara telekomunikasi itu terbakar.

“Sehingga kini, perkhidmatan Digi telah pulih dan beroperasi seperti biasa, manakala bagi perkhidmatan Celcom dan Maxis pula dijangka pulih dan beroperasi dalam tempoh dua minggu lagi,” menurut laporan Bernama.

SKMM turut menasihatkan pelajar dan penduduk setempat supaya sentiasa mementingkan keselamatan diri dan sebagai langkah sementara, mereka boleh mengunjungi Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) di Pekan Telupid.

“Ini bagi memastikan mereka mendapat liputan internet di tempat lebih selamat serta selesa sehingga proses membaik pulih selesai dan menara telekomunikasi tersebut beroperasi seperti biasa tidak lama lagi,” kata SKMM.

Terdahulu portal berita FMT melaporkan, seorang pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) berdepan kesukaran untuk mengikuti Pembelajaran Jarak Jauh (ODL) selepas menara telekomunikasi di daerah Telupid, Sabah rosak kerana terbakar.

Anis Arina Aqilah Roslee, 23 yang kini berada di semester enam Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Sosial berkata, sejak kejadian itu, beliau terpaksa memandu keluar dari kampungnya bagi mencari talian telekomunikasi dan internet.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top