Parti Warisan akan membantu membina rumah sarang burung walit untuk membantu pelajar universiti, Veveonah Mosibin, sekiranya parti itu memenangi pilihan raya negeri yang akan datang.
Dalam satu kenyataan, naib presiden Warisan, Junz Wong berkata dia secara peribadi akan memberikan sumbangan itu sekiranya Warisan terus menguasai Sabah.
“Sekiranya Warisan menang besar dalam pilihan raya negeri bulan September, saya secara peribadi akan memastikan Veveonah dan keluarga menerima rumah sarang burung percuma,” katanya.
Janji yang menarik. Bagus dan patut dipuji.
Tetapi kenapa pula ada ayat ‘Sekiranya Warisan menang besar’?
Kalau ‘menang kecil’ tapi masih jadi kerajaan, tak boleh nak tunaikan ke janji tu bos ku?
Kalau macam PRU 14 hari tu dikira menang apa tu? Alaaa, yang Warisan bertanding 45 menang 21 tu…
Menang besar ke menang kecil macam tu?
–Jeanbara