Menang 2-1 Ke Atas Kelantan, Harapan Sabah Hidup Kembali

team-bola-sabah.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Gol lewat permainan Mohd Sahrizan Saidin membantu Sabah melakar kemenangan pertama pada aksi Piala Malaysia selepas bangkit menundukkan Kelantan 2-1 di Stadium Likas malam tadi.

Bagaimanapun, Sang Badak hampir dikecewakan apabila awal-awal lagi dibolosi melalui tendangan jarak jauh pemain Kelantan, Che Mohd Safwan Hazwan pada minit kelima permainan.

Pasukan bimbingan Datuk Ong Kim Swee itu bernasib baik dapat menyamakan kedudukan dua minit kemudian melalui penyerang Amri Yahyah.

Jaringan pada minit ketujuh itu menyebabkan kedudukan terikat 1-1 sehingga tamat babak pertama sebelum keputusan berubah pada minit akhir separuh masa kedua.

Babak kedua permainan menyaksikan Sabah begitu agresif melakukan serangan demi serangan, namun gagal menemui penyudah yang baik sehinggalah pada minit ke-90.

Sahrizan yang juga pemain tengah menjadi wira apabila berjaya menewaskan penjaga gol Kelantan pada minit akhir perlawanan sebelum tambahan masa empat minit diberikan pengadil.

Keputusan 2-1 itu kekal sehingga tamat masa tambahan sekali gus membolehkan Sabah mencatat kemenangan pertama di hadapan kira-kira 5,000 penyokong sekali gus menghidupkan semula peluang mereka ke pusingan kalah mati Piala Malaysia. – BH Online


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top