KOTA KINABALU: Jumlah mangsa banjir di Sabah kekal 721 daripada 212 keluarga setakat jam 8 malam ini, walau bagaimanapun Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah menjangkakan jumlah itu meningkat berikutan satu lagi daerah dilanda banjir.
Menurut kenyataan sekretariat itu, daerah Membakut mengalami banjir 3 petang tadi melibatkan lima buah kampung yang terjejas.
“Kini proses pemindahan mangsa ke PPS Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Membakut,” menurut kenyataan itu sebagaimana dipetik Bernama.
Sebanyak 430 orang (137 keluarga ditempatkan di tiga di PPS Beaufort, 278 orang (71 keluarga) di dua PPS daerah Kinabatangan dan 13 orang daripada empat keluarga di Tambunan, kata kenyataan itu. –