Melakukan Perkara Yang Betul Bukan Tuntutan Politik, Tetapi Tuntutan Agama – TSMY

tsmy.jpg
Kongsi Bersama

PETALING JAYA: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) perlu menonjolkan nilai kepimpinan yang berteraskan prinsip integriti dan amanah termasuk tidak berkompromi perbuatan rasuah.

Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, justeru itu Bersatu tidak mencampuri urusan mahkamah kerana menghormati prinsip pengasingan kuasa antara badan Eksekutif, Legislatif dan Kehakiman.

Jelas beliau lagi, partinya juga komited dengan agenda reformasi institusi yang menjamin tatakelola kerajaan yang baik.

“Buktikan budaya politik Bersatu ini berbeza. Politik kita ialah politik khidmat. Politik prihatin. Politik jasa kepada rakyat tanpa mengira kaum dan agama.

“Politik kita bukan politik iri hati dan hasad dengki. Bukan politik perkauman yang melampau. Bukan politik adu-domba, tamak haloba dan kemaruk kuasa,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan Majlis Sambutan Ulang Tahun Yang Kelima Bersatu semalam.

Menurut Muhyiddin, ahli Bersatu telah banyak berkorban kerana nilai dan prinsip berpegang selama ini iaitu mendirikan parti kita ini kerana ingin membebaskan negara daripada cengkaman kleptokrasi.

Menurut beliau, usaha itu akhirnya berjaya apabila Bersatu telah berjaya dalam Pilihan Raya Umum ke-14.

“Kini sekali lagi kita berkorban kerana kita tidak sanggup menggadai prinsip dan nilai yang menjadi asas perjuangan parti kita.

“Kita melakukan perkara yang betul dengan tidak tunduk kepada desakan untuk menggadaikan prinsip walaupun terpaksa hilang kedudukan dan jawatan.

“Melakukan perkara yang betul ini bukan tuntutan politik, tetapi tuntutan agama,” tegas beliau. – UTUSAN ONLINE


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top