PUTATAN: Sebaris struktur gerai di Pasir Putih, di sini, dirobohkan oleh Unit Penguatkuasa Majlis Daerah Putatan pagi ini kerana di bina secara haram sejak beberapa tahun lalu.
Pembantu Penguatkuasa MDP, Azmi Alam ketika dihubungi Sabah Gazette di sini pagi ini mengesahkan perkara tersebut.
“Pihak MDP sudah mengeluarkan beberapa notis agar gerai ikan dan sayur itu menghentikan perniagaan mereka dan hari ini, tarikh luput notis berkenaan membolehkan pihak kami melakukan kerja-kerja merobohkan struktur haram tersebut,” katanya.
Pada operasi sekitar pukul 9.30 pagi tadi seramai 14 pegawai penguatkuasa MDP merobohkan struktur gerai berkenaan dengan kawalan pihak polis.
“Adalah diingatkan kepada semua peniaga untuk mematuhi prosedur dan undang-undang apabila ingin memulakan perniagaan masing-masing.

Operasi meroboh melibatkan 14 pegawai penguatkuasa MDP dengan kawalan pihak polis.
“Dapatkan lesen dan tapak perniagaan yang diluluskan oleh pihak berkuasa bagi mengelakkan kejadian sebegini berlaku, “ katanya lagi.